Pages

Tuesday, 9 October 2012

indahnya kehidupan di kampung

 sawah padi yang menghijau sejuk mata memandang...amat mendamaikan....

 tapak untuk menanam padi huma (padi bukit)...di lereng bukit kecil :)... dekat dengan sawah padi..
sementara tiada tanam kekal yang mahu ditanam di kawasan ini maka timbul idea mahu cuba tanam padi huma pula...

ni semuanya dibuat express...membersih dan terus menanam...

 sebenarnya kalau tanam padi huma ni selalu orang kampung bergotong royong sebab kawasan yang mahu ditanam selalunya bersais besar dan kerja-kerja untuk penyediaan kawasan memerlukan banyak tenaga kerja..
mula-mula sekali buat pembersihan seperti menebang pokok-pokok, selang beberapa hari setelah pokok-pokok kering maka acara bermain api pula dijalankan.
setelah pembakaran selesai maka acara membersih dan mengumpul batang2 besar pula dijalankan dan dibakar semula.... 
setelah kawasan bersih maka boleh lah memulakan acara menanam.....



 selalunya kaum lelaki akan mengambil alih kerja membuat lubang tanaman dengan menggunakan kayu panjang dengan hujung yang tajam (mangasok). kaum perempuan pon boleh juga tapi kena tahan lah tangan melepuh nanti...

 selepas dibuat lubang barulah diisi dengan benih-benih padi..(menumpos-dusun)

hati-hati bila memasukkan benih padi biar semuanya masuk dalam lubang tanaman...

 kena berhati-hati kalau tidak ada yang tergolek ke bawah..:)

 eheheh kawasan macam ni pon boleh juga digunakan untuk bertanam...eemmmmm

 kalau terer bolehlah menumpos (memasukkan benih padi dalam lubang tanaman) macam main tikam duit di tanah (permainan budak2 di kampung)....kalau terer kalau tidak habis bertaburan..

 selalunya padi bukit/huma diselang seli dengan tanaman seperti timun,jagung atau labu -yang ditanam ni labu (kundur dan juga pumpkin) 



 si penutup lubang sempat mendapat khidmat massage belakang....

 lubang-lubang yang telah siap diisi akan ditutup (macam c cicie ni tutup lubang...)





selesai menanam dan menutup maka tunggu la hasilnya nanti....



No comments:

Post a Comment